Alhamdullilah ke hadrat Illahi. Aku masih boleh bernafas. Haa, cuti sem dah 11 hari dah berlalu. Tapi cuti sem kali ni mmg tak best. Ada dugaan terbesar yang dah berlaku kat keluarga aku. Baru2 ni abah aku dikejarkan masuk ke hospital atas mula2 sebab denggi. Tapi bila detected tgk dia terkena jangkitan virus kencing tikus. Subhanallah, Allah je tahu betapa risaunya aku dan family aku. Mula2 abah aku cuma demam biasa je, tapi berlarutan. So decided nak gi checked kat hospital alor gajah. Tapi HAG telah tolak abah aku ke hospital besar melaka. Ni kes nampak agak berat ya. Then, tak lama beberapa hari abah aku kena masuk ICU. Kira ni mmg betul2 critical sbb abah aku tiba2 je sesak nafas. Maka, dia kena masuk ICU utk pakai alatan pembantu oxygen. Kesian sangat aku tgk. Tak larat rasa hati ni nak tatap wajah dia time dia pakai face mask oxygen tu. Tapi kami semua keluarga dan org lain tak berhenti2 doakan utk keadaan dia supaya sembuh. Dalam beberapa hari lepas tu ada ke patut doktor tu tersalah ckp abah aku ada demam malaria pulak. Eh agak pelik dan was2 ni. Mana boleh, biar betik betul ni doktor ni. Ambik balik blood test, alhamdullilah bukan. Allah, doktor gov ni bukan betul sgt pon. =,=
So abah aku ni duduk kat hospital dalam 7 hari jugaklah. Umi bertungkus-lumus ulang-alik ke hospital. Walaupun agak jauh tapi dia sanggup redah pagi2 buta gi tunggu kat hospital. Padahal time melawat adalah dari pukul 1 - 2 p.m. dan 5 - 7 p.m. je. Hehe. Tapi risau dan sayang punya pasal gi jugak tunggu. Tapi bila dalam wad biasa pulak, dia bermalam kat wad tu. Rajin kan? :') Dan maka pada hari ini, abah aku dapat green light dari doktor pakar utk balik ke rumah. ALHAMDULLILAH, dgn keizinanNya, Allah telah beri balik kesihatannya balik.
Last but not least, as a conclusion kamu2 yg diluar sana tu, jgn korang ambik mudah sgt pasal demam2 ni tahu. Kalau dah mcm nak rasa demam tu, cepat2 lah gi check kat doctor ya. Supaya boleh lagi cure sakit tu. Yelah skrg kan mcm2 penyakit ada dah.
Lagi satu nak pesan, kalau korang beli air tin, air kotak, air botol kat luar tu, sebagai langkah berjaga2, please lah cuci dulu dgn air. Jangan main teguk je tahu. Aku dan family dah mula amalkan tu semua. So, tu jelah dapatkan aku coretkan kat sini. Lagi pun dah lama aku tak update blog aku ni. Dah berhabuk agaknya. HAHA. So, apa2 pon jgn lupa Allah. Bagaimana senang or susah kamu sila ingat Dia yg kat atas tu. Sebab dia je punca segala2nya. Takde mende lain dah. Okay, renung2kan dan selamat beramal. :) Salam.
Romantic kan? Gila korang cakap tak romantic. Hehe. Ni time birthday umi. Before abah jatuh sakit. Tapi dia tgh demam, dalam demam2 dia pon nak bawak wife dia gi bergembira tahu. :)
Ngee. :P
THE END
No comments:
Post a Comment